Impian dan Angan Angan



Tajuk petang ini yang ingin Sally kupas dan kita sama sama fikirkan. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat pada anda semua.

Manusia seringkali berimpian. Impian adalah sesuatu sasaran yang kita ingin perolehi. Dan kita bergerak ke arah impian tersebut. Segala yang kita lakukan adalah menjurus kepada impian yang kita bina. Segala tindak tanduk adalah jelas dan doa yang kita panjatkan juga hendaklah selari dengan impian yang kita lakarkan sehinggalah kita capai apa yang diinginkan dan kita sujud syukur padaNya.

Angan angan pula adalah sesuatu yang kita inginkan tetapi ia menjurus kepada ingin sahaja. Hanya berkeinginan untuk mendapatkan sesuatu tetapi tiada usaha yang dilakukan untuk mendapatkannya. Kita hanya berkhayal, termenung panjang dan angan angan akan kekal angan angan dan akan luput ditenggelam zaman. Tiada apa yang berubah. Orang lain ke depan dan kita masih leka dengan angan angan kita.

Untuk membina satu impian, ia bukanlah hanya berada di minda, tapi dihati juga. Dan zahirkan di atas kertas supaya ianya lebih jelas.

Apa yang Sally kongsi dengan staff hari ini adalah sesuatu yang Sally nak mereka nampak macam mana Sally mula mula mencipta impian dan satu persatu Sally mula mendapatkannya.

Contohnya jika berimpian ingin mendapatkan RUMAH. Apa yang perlu kita buat?
1) Mentor saya berpesan, kena pergi tengok dulu. Gambarkan dulu dalam kotak fikiran. Supaya apabila kita dapat visualize secara jelas, mudah untuk kita berdoa dan semangat untuk mendapatkannya inshAllah tidak pudar. Sebab ia asyik terbayang bayang di depan mata. Minta dengan Allah. Aku nak rumah itu, gambarkan dlm minda, kedudukannya, tempat nya, warnanya, segala gala tentang nya. Supaya ia jelas. Bila Allah bagi, kita tahu itu yang kita minta.
.
2) Impian membeli rumah sudah pasti melibatkan kewangan. Impian sahaja tapi tiada duit, tiada simpanan, tidak tahu macam mana jalan untuk mendapatkannya, sekali lagi impian tersebut hanya menjadi sekadar angan angan sahaja. So, Buat kira kira. Jika rumah yang nak dimiliki berharga RM300,000 bagi sebiji apartment. Sekurang kurangnya anda hendaklah mempunyai 10% down payment. Which is nak kena ada cash RM30K.
.
3) Katakan masa yang disasarkan untuk membeli rumah adalah bulan Dec 2017. Anda hanya mempunyai 10 bulan lagi untuk mendapatkan RM30K. Maknanya sebulan anda hendaklah membuat simpanan sebanyak RM3K.
.
4) Sekiranya anda seorang pekerja di mana mana syarikat, mulalah berfikir bagaimana hendak mendapatkan wang RM30K itu dalam masa 10 bulan sahaja. Sekiranya anda seorang warga ELISS dan focus kepada jualan Leptos. Andaikan anda seorang agen sahaja. Pengiraan nya begini.
RM3000 sebulan yang anda inginkan untuk dijadikan simpanan bulanan selama 10 bulan itu dibahagikan selama 30 hari. Maknanya anda hanya memerlukan RM100 untung bersih sehari. 1 customer biasanya membeli 2 botol Leptos.
2 botol Leptos anda untung RM100. Haa... dah dapat dah RM100 yang anda perlukan sebagai simpanan harian. Jika anda dapat lebih customer, maka lebih cepatlah simpanan anda cukup.
.
1 customer UNTUNG RM100
Rm100 x 30 hari = Rm3000 sebulan
Rm3000 sebulan x 10 bulan = RM30,000 duit down payment rumah anda.
.
5) Nampak jelas tak impian yang diambil tindakan sewajarnya dan dizahirkan dengan pengiraan yang lengkap di atas kertas dan set sasaran anda.
.
Impian kena ada target sasaran bila ia hendak dicapai. Ada timeline gitu. Dan jika ia melibatkan kewangan, kena ada kira kira.
.
Impian yang hanya bermimpi tapi tiada tindakan yang dibuat, ia hanya dipanggil angan angan sahaja.
.
Jelaskan impian anda dan bertindaklah SEGERA.
Sharing is caring
.
Hasil nukilan jari menaip di papan kunci
Pn Sally.
Pengasas ELISS


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops