Bagaimana saya mulakan bisnes online


Begini 5 tahun yang lalu.. bagaimana ia bermula.
.
Dari dulu lagi minat Sally memang menjual. Menjual adalah hobi saya. Untung sikit banyak belakang cerita. Janji produk di tangan terjual.
.
SF Beauty adalah produk pertama yang Sally jual secara serious. Walaupun banyak lagi produk lain, tapi permintaan SF Beauty sangat menggila waktu tu. Tak de FB Ads, melalui blog sahaja.
.
Kemudian Sally mula mencari produk yang digilai ramai. Felinna, Dherbs, banyak lagi yang lain dan akhirnya SDM. Dari pendapatan geli geli RM100 sehari, waktu tu Sally boleh capai sehingga RM5 - RM7k sebulan. Bayangkan hanya melalui blog.
.
Kemudian, beberapa kali Sally rasa kecewa bila pelanggan yang dilayan akhirnya membeli di kedai jamu sahaja. Kita yang penat melayan, tapi ke kedai jamu juga dia dapatkan produk. Selepas beli, dia datang balik bertanya cara guna dan sebagainya. Kadang kadang hati membengkak juga. Tapi dilayan dalam mood paksa rela. Tapi difikirkan balik, lagi lagi produk jamu SDM, bila ada pelanggan bagi feedback walaupun dia beli di kedai jamu, tapi perubahan yang terjadi pada dirinya, hati rasa bahagia. Kita dah bantu orang.
.
Sally pernah dapat sebiji cake secret recipe dari customer apabila hubungan dia dan suami kembali pulih apabila masalah dalaman dia selesai. Mereka hampir bercerai waktu itu. Tetiba tak jadi cerai, suami berbaik balik, siap hantar bunga. Esoknya, dia kirimkan cake untuk Sally tanda terima kasih. Saat itu, Sally mula rasa seronok dan bahagia dan memutuskan untuk fokus pada satu produk sahaja. Biar saya menjadi pakar dalam rujukan produk tersebut. Sampai Sally boleh come out dengan skrip dan list of FAQ. Kakau Sally bagi skrip tu kat sapa sapa je pun boleh close deal. Sampai ke level itu Sally kuasai ilmu produk yang dijual.
.
Sampai satu tahap, Sally menuntut ilmu dengan seorang sifu. Belajar Fb Ads. Tak ramai lagi yang buat fb ads masa tu. zaman orang set bajet RM5. Tapi Sally dah letak RM30 sehari. Woww.. kira banyak dah masa tu. Sally buat untuk produk SDM. Sales mencanak naik. Satu iklan set RM30 sehari tidak pernah tutup selama setahun lebih bertahan. Dan hasilnya, profit bersih rm13k-rm15k sebulan. Masa itu ye. Bukan sekarang. Sekarang set rm30 belum tentu gerak. Huhu
.
Dalam pada sibuk menjual jamu, kumpul ilmu business online, lakarkan business plan dan strategi, Sally come out dengan satu produk dgn satu brand tetapi ia lebih kepada partnership. Dalam partnership tak semuanya indah. Banyak yang pahit dari yang manis. Kapal pecah dan kami bina kapal sendiri. Akhirnya wujudlah Eliss. Pada masa yang sama Sally masih kekal sebagai Stokis SDM. Lama kelamaan, Sally tahu sangat susah nak fokus 2 benda. 2 brand berbeza. Sally let go SDM dan fokus pada Eliss. Hasilnya berganda ganda. Bila kita focus, usaha yang diberikan tertumpu dan hasilnya berganda. Rather than nak fikir strategi kepada banyak benda. Sakit kepala pun kurang sikit.
.
Pada mulanya, selepas Sally buat testing jualan persendirian, Sally comeout dengan skrip jawab pm, teknik teknik gambar, copywriting. Benda ni yang Sally tak dapat bila jual produk orang lain. I try to simplify dan bagi yang terbaik untuk warga Eliss. Bila semua dah lengkap, dan Sally dah test benda dah jalan cantik, masa tu terbuka hati untuk berkongsi dengan kawan kawan terdekat yang tak putus putus support Sally. Alhamdulillahh its work. Syukur sangat masa tu. Sally tak keseorangan lagi. Untuk membina empayar tak boleh sorang sorang. Momentum dia pergi tak jauh sangat. Nak daki gunung kena daki ramai ramai baru seronok. Kalau sampai ke puncak pun ada orang tolong ambik gambar dan boleh wefie ramai ramai. Rather than selfie sorang sorang. Tak gitu?
.
Dan kini, Sally masih kuatkan semangat dan kadang kadang terimbas juga saat dulu dulu macam mana Sally bermula. Supaya perkataan syukur itu sentiasa terucap di dalam hati. Orang orang yang terlibat sama ada memberikan pengalaman manis atau pahit, kita sepatutnya mengucapkan terima kasih pada mereka. Kerana mereka, kita kuat. Kerana mereka, kita belajar banyak benda. Dan pengalaman menjadikan kita MATANG dalam kehidupan dan yang pasti satu perubahan yang Sally alami, bila kita tahu nak memberikan reaksi yang bagaimana jika sesuatu perkara itu berlaku kerana pengalaman telah mengajarku.
.
Keep on moving.
Keep on going.
Keep on smiling.
The world will give you exactly what you ask for it.
.
Nukilan jari menari di papan kunci.
Puan Sally (Suhaili Mohd Zain)
Pengasas Eliss.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops