6 langkah rangka kejayaan


“Ianya bukan tentang apa yang berlaku kepada kita, tapi apa yang kita lakukan tentangnya.

Apa hasil yang kita perolehi adalah bergantung kepada sebaik mana perancangan kita.”

#AzizanOsman.
.
Sebelum Sally hurai lebih lanjut ttg 6 langkah, Sally jelaskan dulu apa makna kegagalan dan kejayaan dlm konteks pemahaman Sally sendiri. Simple jer. Gagal adalah bila kita menidakkan sesuatu yg sepatutnya kita buat. Itu adalah kegagalan pertama kita. Cthnya, dlm perancangan kita sepatutnya excercise pagi ni tp bila sampai waktunya.. "xpelah, esok ler aku excercise.." nampak takkk.. gagal sebelum melangkah namanya.. Kejayaan pula, bila kita berjaya membunuh biawak yg menghasut fikiran kita utk membatalkan excercise itu.. Dan kita meneruskan excercise dgn membakar 1000 kalories pagi ni. Berjaya kannnn... itu umpama mudah bila tindakan mengatasi fikiran. Lama sgt berfikir pun x elok jugak. Tak yah fikir logic.. plan dan buat jer...
.
Berikut adalah 6 perkara penting yang anda perlu faham dalam membuat perancangan yang berkesan untuk mencapai apa yang anda mahu:

1. Bina perancangan yang terbaik untuk diri anda.
Hanya anda yg faham diri anda. Apa yg anda nak, keadaan  physical dan mental anda serta tahap keupayaan anda. So rancang sesuatu mengikut apa yg anda nak capai. Masukkan elemen What, Why, When, Who, How dlm strategi perancangan anda.

2. Luangkan masa untuk membuat perancangan
Wajib. Jgn sentiasa busy smpi masa nak merancang pun x ada. Bina jadual harian. Mungkin anda boleh buat pada setiap malam Ahad. Mungkin 20 minit setiap pagi atau pada waktu rehat tengahari atau sebelum tidur.  Dalam membina perancangan langkah demi langkah, masukkan juga matlamat yang anda ingin capai setiap minggu. Ia sepatutnya jelas, lengkap dan boleh dicapai. Disiplinkan diri anda dan bertindak setiap hari. Ambil langkah yang membawa anda lebih dekat kepada matlamat anda

3. Simpan satu jurnal
Menulis.. Tulislah supaya anda tidak lupa. Actually apa yg kita zahirkan.. keluarkan dr minda dan corakkan di atas kertas lebih jelas, lebih mudah difahami dan lebih cepat utk dicapai. Sbb kita nampak ia dan pandang ia sebagai satu dorongan yg membantu tindakan kita supaya kita tidak terbabas dr matlamat asal.

4. Muhasabah diri
Ini sgt wajib. Buat benda dan muhasabah diri. Setipa hari sebelum tidur, cuba rewind balik apa yg terjadi. Apa yg kita dah buat, apa yg kita dan capai hari ini. Apa manfaat kita bagi kat org lain? adakah hati2 yg kita sakiti. Maafkan org lain dan minta maaf dr org lain. Supaya esoknya kita jadi insan yg lebih baik dr semalam.

5. Tetapkan matlamat
Tetapkan matlamat. Apa yg kita nak capai hari ini, minggu depan, bulan depan, tahun depan, 3 thaun, 5 tahun akan dtg. Tulis besar2. Klu nak kereta, print gmbr kereta idaman. klu nak banglow besar, buat wallpaper kt pc banglow idaman.. biar jelas dan nampak itu yg kita nak.
Nak g Haji, frame gambar Kaabah, letak kat meja pejabat.

6. Bertindak seperti apa yg dirancang.
Akhir sekali, dah rancang elok2 bertindaklah ke arah perancangan kita. Bertindak dgn cpt. Kita akan bersemangat untuk bertindak bila kita mula dapat idea, bila emosi sedang tinggi tetapi bila kita bertangguh dan kita tidak buat tindakan segera, niat dan keinginan kita akan mula berkurangan. Dan sebulan kemudian ianya akan sejuk, setahun dari sekarang ianya akan hilang.
.
Jadikan 6 tip ini utk kita terus berusha dan bertindak.

.
Pn Sally Eliss
#PengasasEliss
#IlmuMentorDAO


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops