Ho Chi Minh Part 4: 3rd Day in Vietnam

Pagi ni, seawal 7:00pg we ols dah turun bfast coz nak bertolak awal ke Delta mekong. Aper ada untuk bfast? Samer jugak.. Bubur nasi dan serunding... huhuuuu... Tapi pagi ni, Sally melantak buah bidara. Rangup dan manis.


Lepas bfast, we ols bertolak ke Delta Mekong pad apukul 7:45pagi. Sungai Mekong ni terletak di My Tho iaitu 2 jam perjalanan dari bandar HCM. Sampai sahaja di jeti, we ols ke toilet dulu. Hehhee.. Kat sini x der hose tau.. so sediakanlah botol air mineral untuk tujuan cuci mencuci. Kat airport pun sama. Kat tmpt2 lain alhamdulillah ada hose.

Kat jeti pun dah ada org jual2. Sally smpt membeli topi dgn harga 100,000 dong. Patut dapat bargain lagi, tapi mak cik tu mcm tua sgt plak.. x smpi hati nak tawar byk, so Sally beli jer laa... Topi tu pun cantik... alaa.. baru RM15 jer.. Klu kat Malaysia confirm dlm RM30 ke RM40. So, aper lagi, we ols bergambar ler kat jeti dulu... layan....

We ols menaiki boat yang disewa khas untuk group kami ke Unicorn Island. Huhuuu.. tukang bawak boat tu pompuan tau... Cayalah.. Keadaan air sungai agak keruh coz dah hujan beberapa hari. So, we ols layan pemandangan jer laa... perjalanan dalam boat lebih kurang 15 minit jer. Best naik boat.



Sesampai nyer di Unicorn Island, we ols dibawa melihat demo Madu Asli. slaly duk jauh ler sket.. geli tgk lebah. Biasa ler.. demo pastu promote madu.. Sally tak beli pun. Dia gak bagi rasa madu yang dicampur dgn llimau kasturi dan kacang. Ntah apa ras apun tak tau.. coz Sally tak berani nak try kut infection apa2 kat baby. So.. mas adiaorg duk layan madu.. Sally layan shopping handbag buatan tangan dari kulit lembu yang bermanik2.. Sally beli 2. Satu utk Sally... dan satu lagi untuk Kak Da.







Lepas menyopping hand bag, we ols didemokan plak dgn pembuatan gula-gula drp kelapa. Sally tak beli gak gula2 kelapa ni. Kat Kelantan pun byk.. Huhuuu.. So, Sally layan souvenir dan brgan kraftangan diaorg. Sally beli pelapik mug dgn harga RM7.50 shj utk 1 set. Harga ni takkan dpt kat Ben Than Mkt pun. Mmg murah kat sini. Cantik pelapik ukir tu siap corak yang dibuat daripada kulit tiram lagi. Ala-ala marmar gitu. Mmg berbaloi.






Yang bulay hitam, dan putih kat tgk tu ler yg Sally beli RM7.50 jer utk 6pcs.
Lepas tu, we ols dibawa menikmati buah-buahan tempatan. Dah termasuk pakej ni. Sambil makan buah nangka, rambutan, dragon fruit, nenas, etc.etc.. we ols dihiburkan oleh sepasukan penyanyi vietnam. Diaorg akan dtg ke meja kita, dan nyanyi 3 buah lagu dgn diiringi oleh petikan gitar lagi. Suara.. boleh ler.. lagu traditional diaorg.. at d end of d show, ada lagu Kalau anda gembira tepuk tangan... huhuuu.. Lepas dah nyanyi tu, diaorg akan bg bakul kecil.. So, pandai2 ler bg tip yer.. Haaa.. satu Sally nak pesan, kat vietnam ni diaorg asyik mintak tip jer.. So, u ols standby ler duit RM1 duit Malaysia tu byk2.. Bagi RM1 pun diaorg dah suka... Duit Malaysia pun ok. Samada kat sini atau kat budak2 hotel tu.





Lepas dah makan buah tu, we ols dibawa menaiki sampan menyusur anak sungai menuju ke boat besar yang we ols nak masa datang tadi. We ols melalui pokok2 nipah disepanjang sungai. Laju jugak diaorg berkayuh. 1 sampan 2 org tukang kayuh dan 1 sampan muat 4 org jer. Dispjg perjlnan, mmg kita akan bertembung dgn byk sampan2 lain.. dan diaorg tak abis2 ckp.. tip..tip..tip... itu maknanya dia pesan kat kita jgn lupa bg tip kat pengayuh sampan yg kita naik tu. Careful semasa berada di dalam sampan, tangan jgn pegang kat tapi sampan kut bergesel dgn sampan lain yang lalu. Tapi, mmg syok pengalaman naik sampan kat vietnam ni..








Dah smpi ke boat besar, we ols dihidangkan dgn air kelapa muda plak... mmmmm.... segar rasanya. Sodap..

 


Pas dah sampai jeti tu, sambung shopping lagi. Sally beli gown bunga smocking kat Adelina. Material dia mmg cotton yg best. Mmg berlainan dgn kat pasar Ben Than. So, harga pun mahal sket. 2 psg utk adelina. Sepsg Sally dpt dgn harga 300,000 dong dlm RM45. Klu kat pasar dgn 200,000 jer tapi material dia lain sket ler.

Lepas dah menyopping tu, we ols ke halal restaurant kat Delta Mekong sebelum bertolak balik ke bandar Saigon. Makanan kat sini boleh tahan gak ler. Satu-satu nyer halal restaurant kat sini. Baru jer bukak menurut kata Sam.


Dah sampai di Saigon, we ols dibawa ke perkampungan Muslim. Kat sini we ols ke madrasah untuk menunaikan solat Asar dan kemudiannya dibawa ke rumah pengusaha kain cotton yang dibuat baju kurung. Kat rumah ni, mmg ramai org Malaysia yg sedang memborong baju untuk dibawa balik ke Malaysia untuk berniaga. So, Sally tak ketinggalan untuk memilih 2 psg baju kurung yg penuh bids untuk Kak Da dan Mama. Murah jer RM60 sepsg. Cantik gak ler. Lupa nak ambik gmbr keadaan sekeliling coz mabuk tgk baju kurung byk sgt.

Then, we ols dibawa ke Hard Rock cafe. so, aper lagi, shopping ler tshirt hard rock untuk hubby kesayangan. Coz one of my fren ada Hard Rock member, so dpt ler 10% discount. Selebih nyer, we ols berposing jer la kat Hard Rock tu... huhuuu.. layan....






Then, we ols berjalan2 kat kedai2 berhampiran. Sempat bergroup photo di taman tgh2 bandar Saigon tu.


Sebelum bertolak balik, we ols sempat singgah di Hong Anh Collection. Kat sini banyak jugak pilihan baju kurung yang dah siap.. Siap bermanik lagi. Kedai dia 3 tingkat, kena bukak kasut. Kat sini gak bleh guna credit card. Ala-ala butik ler gitu. Harga agak mahal sket tapi berkualiti. Sally belikan Adelina baju kurung untuk raya kat sini. Cantik siam bersulam dan bermanik lagi.


Lepas tu, we ols balik ke Hotel bersiap untuk dinner di Seri Penang. Lepas dinner, Sally dah mmg kepenatan sgt, so tak join kengkawan yg ke Pasar Malam lagi untuk kesekian kalinya. Sally tido jer kat bilik... untuk mengumpul tenaga shopping diesok pagi di Ben Than Market.

To b cont...


KLik sini utk part 5


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops