Monolog pagi Sabtu

Rindu dari jauh. Terjaga di malam kelam, memang ku rayu, memang ku pinta. Jika tidak terjaga terasa Allah tidak mahu berjumpa denganku, tidak mahu mendengar rintihan hambanya ini. Selalunya selesai urusan berdua denganNya, aku menarik selimut dan beradu kembali. Saat itu nyanyian dengkuran si suami selalu membatalkan hajat untuk tidur lagi. Tapi malam ini, kedinginan malam yang mendetikkan kerinduan pada insan yang bergelar suami. Biasa orang kata bila dekat rindu tak kuat tapi bila jauh dan tiada di depan mata rindu selalu datang menerjah kamar hati.

Telefon menyanyi pukul 3 pagi tadi. Di sepertiga malam bukanlah panggilan rindu si suami. Tapi nyanyian rindu untuk bangkit mengadap Ilahi. Sesi bercakap dengan Tuhan adalah terapi diri. Kerana tiada seorang pun insan di dunia ini yang boleh membantu meleraikan kekusutan hati kecuali Dia Maha Kuasa ke atas segalanya. 

Seperti biasa, bila mata tidak boleh lelap, aku melangkah ke working table di hujung kamar utama rumah ini. Ku buka tirai dan diluar masih kelam. Yang kelihatan hanyalah bayang-bayang pokok yang dipanah sinar lampu jalan. Tidak ada manusia yang lalu lalang. Hati kecil ini mula nakal. Membisikkan kata-kata yang mengecutkan hati. Bayang-bayang pokok sebolehnya diubah dan digambarkan sesuatu yang ngeri. Oh hati, malam ini pula kau nak bergurau. Ku tutup kembali langsir silver yang dipasang 5 tahun lalu. Ya, sudah 5 tahun langsir bilik ini tidak berganti. Huhuhu.. 

Lantas tangan laju memegang tetikus laptop dan digerak-gerakkan. Skrin yang hitam bertukar cerah, bergambar dan wall facebook ku jelajahi. Yaaa.. dinding inilah tempat berkongsi rasa. Sungguh bijak idea Mat Jubek sehingga mampu membuatkan semua orang menggunakan medium ini. Bagi aku pula bukan sekadar tempat berkongsi dan meluah rasa malah inilah juga medium yang memudahkan urusan mencari rezeki dan membantu insan lain. Pokok pangkal adalah bagaimana kita memanfaatkannya.

Malam ini aku bermonolog sendiri. Muhasabah diri. Mencari punca segalanya yang terjadi. Mengkaji dan bertanya pada Tuhan kenapa perkara yang sama berulang kembali. Dalam selang masa yang sama, Allah berikan aku bahagia, dilimpahkan rezekiNya, dan rupanya dia sentiasa mahu menguji. Ujian untuk membuatkan aku lebih redha, lebih kuat dan mendekatkan aku dengan manusia-manusia ikhlas disekelilingku. Ternyata, Dia tidak lupa, setelah diberi rezeki segalanya, Dia uji pula. Untuk tidak membiarkan aku hanyut mendabik dada di atas segala kemewahannya. Kerana setiap hari ku pinta, janganlah pemberian Mu ini adalah pemberian istidraj. Yang menjauhkan aku dari jalanMu Ya Allah.

Ku lihat sekeliling. Anakanda berdua sedang lena dibuai mimpi. Hati ini tetiba rindu akan bonda. Wajah bonda berlegar diruang mata. Semalam kami berborak. Aku merayu bonda untuk datang ke sini. Ada satu pusat terapi yang akan aku bawa bonda ke sana. Tangan kirinya masih tidak boleh angkat dengan sempurna. Aku rayu bonda datang dan tinggal barang sebulan dua bersama. Aku mahu yang terbaik untuknya. Dia ibuku. Akan ku ikhtiar untuk kesembuhannya. Ya Allah sembuhkanlah ibuku sepenuhnya. Aura kekuatan bonda yang ku kagumi. Dugaannya lebih berat tapi dia cekal menghadapi. Sepanjang hayatnya susah senang direnangi. Dan dihayat ini, ujian berat diberikan namun dia terus bangkit memperkuatkan diri. Aku mahu sehebatnya. Kenapa aku tidak boleh sekuatnya? Kenapa aku harus lemah dengan dugaan sekecil ini?

Sekali lagi wajah 2 puteri ku amati. Sedalamnya. Aku mahu dilihat kuat di mata mereka. Tiba tiba aku rindu. Rindu pada usapan dikepala. Usapan dari seorang suami. Saat begini, jika dalan kemurungan ada seorang insan yang setia. Setia mendengar setiap keluh rasa. Insan yang memahami dan membuatkan aku rasa tidak bersendiri. Betul kata orang bila jauh dihargai. Bila tiada dicari. Seorang isteri yang rindu dan sangat memerlukan sokongan dan bimbingan seorang suami. 

Suhaili bermaksud kemudahanku. Kau permudahkanlah segala urusanku Ya Allah. Kerana niatku satu. Membahagiakan orang sekelilingku dan menjadi insan yang bermanfaat pada orang lain juga.

Salam sayang...
Rintihan seorang anak, isteri dan ibu
Hamba yang banyak khilafnya,
Sally Sabri 😍


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Urusan Tabung Haji di Maybank2u

Part 2: Pemindahah wang / semakan baki dari Maybank2u ke Tabung Haji


Ramai yang bertanyakan Sally bagaimana nak masukkan duit dari M2U atau tengok baki Tabung Haji melalui m2u. Hari ini Sally kongsi dengan anda semua.


Semalam kita dah daftar akaun TH di ATM Maybank kan? Bagi yang terlepas posting semalam, boleh le KLIK SINI


Sebaik anda selesai mendaftar di mesin ATM, anda boleh le membuka laman web Maybank2u. di www.maybank2u.com.my . Login seperti biasa dan mulakan transaksi Tabung Haji di laman web tersebut.


Boleh rujuk gambar untuk langkah-langkahnya. Sally terangkan satu per satu. Semoga bermanfaat untuk semua. Jom kita menyimpan. Mudah-mudahan ia mempercepatkan proses Haji kita ataupun untuk masa hadapan kita.


Tapi kan, kalau transfer dr Maybank2u ke akaun TH ada caj RM1 + GST. Kalau anda ada akaun BSN, anda boleh transfer dari MyBSN ke akaun TH percuma sahaja. Tapi MyBSN tak boleh tengok baki akaun TH. huhuhu.. 

Selepas anda login ke laman web Maybank, anda akan melihat screen ini. Tekan Accounts & Banking.

Skrin akan memaparkan All Accounts info.

Anda klik menu Transfers di belah kiri skrin seperti anak panah merah yang saya tunjukkan itu.

Kemudian anda akan nampak menu Tabung Haji. Lihat anak panah merah itu. Klik menu Tabungn Haji tersebut.

Di skrin ini, anda boleh nampak ada sub menu Balance Inquiry untuk melihat baki akaun TH anda, Fund Transfer untuk memindahkan duit dari dan ke TH dan juga Pendaftaran Haji. wowwww

Klik Balance Inquiry untuk melihat baki akaun TH anda.

Kemudian anda pilihlah akaun TH yang berdaftar atas nama anda. Jika anak-anak anda pun berdaftar atas nama anda dalam erti kata lain, andalah pemegang amanah akaun tersebut, anda boleh melihat akaun-akaun anak anda di sini juga.

Pilih sahaja akaun mana yang anda nak lihat. Dan paparan baki akan dikeluarkan.

Jika anda lihat, ini adalah paparan baki akaun TH Primary. Maknanya saya punya iaitu induk. Senang nak tahu duit ada banyak atau sikit. Kann... kalau banyak.. bak sini sikit... hihihi


Skrin ini pula, Sally memilih akaun Adelina iaitu anak sulung saya. So paparan menunjukkan baki akaun TH Adelina dan jenis Secondary di mana pemegang induk akaun ini adalah saya ler... hahaha

Boleh tekan menu Fund Transfer untuk memindahkan duit dari Maybank2u ke TH. So, senanglah kita nak top up duit ke akaun TH kita. Tak payah pergi ke kaunter TH dah. Transfer sahaja. 

Kalau rasa nak keluarkan duit dari TH pun boleh juga. Pindahkan dari akauan TH ke MBB dan kena ler ke ATM untuk keluarkan duit tersebut sebab kat PC / Phone anda takde lubang boleh keluar duit kat situ. Hihihi.

Anda juga boleh transfer dari MBB anda ke akaun TH orang lain. Nak bagi kat emak ke... kat Sally ke.. pun boleh. Dialu-alukan. Pm tepi yer untuk no akaun TH saya. haha


Ini paparan untuk transfer dari Akaun MBB ke TH. Hanya pilih dari akaun MBB yang mana ke akaun TH berdaftar yang mana satu. Masukkan amount... DONE.

Ini pula paparan untuk transfer dari akaun MBB kita ke akaun TH orang lain. Mudah jer. kan kann? Anda hanya perlukan no akaun TH mereka dan juga IC Number.

Alhamdulillah. Terima kasih pada teknologi. Terima kasih pada Maybank dan TH yang memudahkan urusan kami.

Tapi kan, kalau transfer dr Maybank2u ke akaun TH ada caj RM1 + GST. Kalau anda ada akaun BSN, anda boleh transfer dari MyBSN ke akaun TH percuma sahaja. Tapi MyBSN tak boleh tengok baki akaun TH. huhuhu

Ada pro and cont.
So, selamat menyimpan buat semua.


Salam sayang,
Puan Sally,
Shopping-shopping juga, duit simpanan WAJIB ada.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Cara daftar Tabung Haji di Maybank2u.

Part 1: Tabung Haji melalui Maybank2u
.
Dalam kesibukan mencari duit, jangan lupa menyimpan duit juga. Ramai di antara kita hari ini yang boleh membuat duit dengan banyaknya. Jualan online meningkat dan kita bijak mengambil peluang yang ada. Bukankah lebih elok jika duit yang banyak kita dapat itu,kita simpan juga untuk bekalan di kemudian harinya.
.
Bagi warga ELISS sendiri, Sally sangat menyarankan mereka membuat simpanan. Ilmu menyimpan, ilmu tabungan, ilmu investment, sedikit sebanyak yang Sally tahu, Sally akan curahkan pada mereka juga. Tabungan A, B dan C yang wajib diketahui oleh semua peniaga online khususnya. Kita cerita hari lain ok bab tabung ini.
.
Selain daripada simpanan biasa, masing-masing memasang impian untuk memenuhkan ASB, berjinak dengan FD, property investment maybe, menyimpan di Tabung Haji dan sebagainya. Yang belum daftar haji, sangat-sangat disarankan anda mendaftar Haji. Semoga ALlah permudahkan urusakan kita untuk menunaikan rukun yang satu itu. Yang WAJIB bagi mereka yang mampu. Pokok pangkal HUTANG wajib dilunaskan dulu supaya rezeki yang mengalir tiada batas dan sekatan ke atas kita. ZERO HUTANG adalah impian WAJIB bagi warga ELISS dan pastinya buat semua anda di luar sana juga.
.
Apa yang Sally nak kongsi hari ini bukanlah ilmu atau sifir menabung, simpanan dan sebagainya. Biasanya Sally membebel pada ahli keluarga ELISS sahaja. Hari ini Sally nak kongsi macam mana kita nak memudahkan urusan menyimpan di Tabung Haji melalui Maybank. 
.
Hari ini Sally ke Bank dan banyak urusan perbankan dapat disiapkan. FD 3 bulan dah habis promo, tinggal 5 bulan sahaja dengan dividend sebanyak 4.06% di Maybank. Saya bukan staff Maybank promote FD yer. hihihi. Ops.. tak nak cerita pasal FD hari ini. Fokus pada Tabung Haji ok. Khas bagi mereka yang belum tahu lagi. Sally rasa nak berkongsi dengan anda semua.
.
Sebelum menggunakan kemudahan simpanan Tabung Haji melalui Maybank, terlebih dahulu kita dikehendaki mendaftar di mesin ATM. Kemudian segala urusan transfer, cek baki dan sebagainya boleh dilakukan melalui Maybank2u sahaja.
.
Cara-caranya, anda tengok gambar yer. Sally sudah jelaskan satu per satu. Ini semasa my hubby baru daftar akaun Tabung Haji dia di ATM tadi. 
.
Semoga bermanfaat untuk semua. Dan semoga kita istiqamah menyimpan untuk masa depan.
.
Nanti Sally tunjuk pulak macam mana nak transfer dan cek baki di Maybank2U yer... Sabar jap. Buat yang ini dulu baru boleh tengok kat Maybank2u.
.
Puan Sally,
Ratu SHOPPING tapi Bijak MENYIMPAN
.


Masukkan kad ATM anda macam biasa di mesin ATM Maybank. Masukkan ikut lubang CARD tu. Jangan salah lubang tau.


Tekan no PIN anda. Jangan tekna no PIN orang lain pula. Nanti tak pasal-pasal kad kena telan. hihihi



Tekan menu Tabung Haji (TH) seperti yang tertera di gambar tu.


Tekan Daftar Akaun TH ke ATM Kad


Masukkan no akaun Tabung Haji anda. Tengok kat buku tabung haji tu. Gambar di bawah Sally tunjukkan mana nak tengok Akaun No TH.


Dekat Buku Tabung Haji, ada No Akaun TH anda. Masukkan nombor tu kat ATM tau.


Dia akan keluar paparan Urusniaga sedang diproses. Harap bersabar ye. Tunggu je kat situ. Tak lama pun.


Kemudian dia suruh masukkan No Siri Buku TH. No Siri ini terdapat di belakang buku TH anda. Seeloknya anda bawalah buku tu bersama semasa pendaftaran di ATM. Gambar sebelah Sally tunjukkan di mana No Siri ni berada.


Ni kat muka surat belakang sekali. Ada No Siri Buku.. Kat bahagian yang Sally kaler pink tu, kat situ le ada no siri. Sally tutup ler no siri Sally for security. Kannnn


Tunngu lagi dan sabar.


Paparan skrin No Akaun TH dan No Siri akan ditunjukkan. Anda boleh ler menyemak lagi sekali. Kalau betul, boleh ler tekan YA. Pasti sangattt


Dan last sekali, dia akan tunjukkan Akuan TH anda telah berjaya didaftarkan. Yeaaayyy... Alhamdulillahhh.

Nanti Sally tunjuk pulak macam mana nak transfer dan cek baki di Maybank2U yer... Sabar jap.


 Kalau nak daftar untuk anak-anak yang dibawah penama kita, pun boleh juga di ATM. PIlih menu Daftar Akuan Kanak-Kanak TH ke Akaun ATM. 

Selepas tu ikut arahan dia macam biasa. Untuk kanak-kanak ni, dia akan minta no IC/Mykid anak kita. So, masukkanlah.

Dah selesai.

Senang nak manage akaun TH kita dan anak-anak lepas ni. Kannnn...





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Coretan pagi Ahad - Trobek Terengganu


Usai check out dari Primula Hotel, Terengganu semalam, Sally dijemput ibu mertuaku untuk ke Pasar Payang. Tidak sah mengunjungi Terengganu jika tidak ke Pasar Payang. Tiada apa yang Sally aimed nak beli, just nak mencuci mata dan maybe some keropok of coz terbaik dari Terengganu.

Dalam keadaan yang tidak cukup tidur di waktu malamnya, maklumlah sesi coaching sehingga ke pukul 3 pagi. Masing-masing ibarat menerima ilmu di alam kayangan. Sally tak plan untuk tawaf seluruh pasar. Apa lagi tiada nafsu untuk membeli kain, kaftan, songket atau sebagainya. Sally mengajak mama turun ke tingkat bawah pasar.

Turun sahaja dari tangga, “wah, buah katak puru.” Dah lama nak makan sejak awal pregnant. Jodoh kami di Pasar Payang. Selonggok RM5 sahaja. Sally membelinya. Terasa kecur air liur saat memilih-milih buah yang sangat susah didapati di ibu kota.

Kemudian kami ke bahagian keropok, asam dan buah. Nampaknya memborong barang makanan. Hmmmm... camana nak beli ni nanti tak muat luggage. Sally beli 20kg luggage Air Asia sahaja. “Tak pe. Sally balik je. Barang-barang bawa dengan kereta mama.” Ibu mertuaku memberikan green light. Tersenyum simpullah menantu ini.

Keluar dari Pasar Payang, nampak plak cendol pulut. Sedapnya. RM5 segelas. Sedap dan berbaloi. Dicapai juga sebalang mangga asam boi. Teringin nak beli keropok yang sudah digoreng di tepi jalan itu. Tapi, bila melihat keadaan keropok standard pasar malam tu, Sally membatalkan niat sahaja. Kenapa di negeri ikang melimpah dan tersohor dengan keropok losong, lekor penuh ikan, mereka tidak menjual keropok standard itu di pasar payang ini? Kenapa harus dijual keropok gandum persis pasar malam diserata KL? Inikan Terengganu. huhuhu. Mama membeli 3 ketul keropok yang pada pengamatan Sally, melihat pada warnanya sahaja Sally yakin keropok ini bukan keropok losong, tapi keropok kosong. huhuhu. Sally mencapai satu keropok yang dihulur mama. Digigit... hmmmm... tepat sangkaan ku. Kosong dan mengalahkan chewing gam.

Selesai di Pasar Payang, kami ke Stadium Negeri Terengganu. Meninjau keadaan di sana. Abby buka booth Eliss. Keadaan agak lengang. Tak mahu nak compared with MR event dan nak compared dengan event lain pun tak boleh sebab Sally jarang berkunjung ke tempat-tempat event orang bersesak. Tapi, tapak event sangat aman damai. Tiada suasana bersesak. Tapi Alhamdulillahh ada juga rezeki Abby dan dapat juga bersua dengan pengedar Eliss Terengganu Daing Nuranis Syahirah yang sebelum ini hanya bersua di FB sahaja.

Sally di sana sehingga pukul 8 malam. Confident sangat flight pukul 10 malam. Kami bertolak lambat ke airport. Kata Abby setengah jam dah sampai. Tapi bila driver yang hanya drive 50km sejam, hampir sejam jugaklah kami nak sampai ke airport. Sesampainya di sana, kaunter drop baggage dah tutup. Ya Allah. Then, Sally rasa Allah sentiasa baik pada Sally. Dia aturkan pertemuan dengan EmmaHazma Nordin di sana.

Pada petangnya Emma dah hubungi Sally untuk datang ke airport untuk bertemu. Rindunya pada Emma. Emma adalah customer cum pemenang Lucky Draw Eliss bulan Februari 2017, yang memenangi sebuah laptop dari Eliss. Kali pertama kami bersua, beliau begitu ramah dan kami bagaikan sahabat yang sudah kenal lama dan masing-masing level keramahan tahap mak jemah comolot. Kami agak serasi bersama dan sentiasa berhubung melalui whatsApp dan FB. lagaknya seperti dah bertahun kami berkenalan. Dan semalam, walaupun Sally melarang keras Emma datang ke airport kerana beliau pun busy dan ada hal kelmarin dan semalam, tapi beliau berkeras juga nak datang.

Itulah Sally kata, aturan Allah itu sangat cantik. Kehadiran emma semalam, sangat2 membantu Sally. Kami sempat bersalam, berpeluk dan berlaga pipi sahaja. Kerana saat kami berjumpa Sally dengan keadaan kotak barang dan luggage tak boleh check in dah dan laungan panggilan flight yang sudah hendak berlepas. Nasib baik ada Emma. Sally kol mama untuk ambik barang dengan Emma. Kesian Emma, terpaksa Sally susahkan untuk hantar barang pada mama pula. Emma dengan anak tunggal perempuannya. Cantik, tenang dan lemah lembut je emma. Wajah itu penuh ketulusan dan kasih sayang. Itulah keistimewaan Emma yang menambatbhati Sally saat pertama kali kami bersua lagi. Tq so much emma tolong Sally semalam. Saat kami berpelukan, Sally dapatkan rasakan perut kami berlaga. Ada gerakan aura di situ. Sally doakan emma dikurniakan cahaya mata ke dua juga dalam masa terdekat. Berjangkit dengan Sally. Sayang Emma.

Sally bergegas ke pintu pelepasan. Tapak kaki rasa tegang. Kasut rasa ketat. Sally tahu kaki Sally dah sembab. Seharian berjalan, duduk dikerusi. Lenguh satu badan. Atas flight, mata dah start rasa panas. Badan dingin menggigil. Mujur ada Tina. Barang-barang semua dia yang bawa. Luggage baju Sally dibawa balik. Hanya 1 kotak barang-barang Eliss dan barangan belian di Pasar Payang sahaja yang kami tinggalkan untuk mama bawa pulang hari ini.

Sesampainya di KLIA, Mr Frankie sudah sedia menanti. Sally dan Tina balik ke Ampang dengan penuh rasa kepenatan. Ingat boleh lelap di dalam kereta, tapi Sally teruja membaca dan melayan wasap group Terengganu yang sudah nampak sinar bahagia. Dah ada yang close paid dan dah mula melayan customer. Sally doakan yang terbaik untuk anda semua. Satu pengalaman yang cukup berharga di bumi Terengganu. Betul kata Ibu, tidak kisah sedikit atau ramai orang yang datang, yang penting mereka yang datang itu penuh dengan semangat dan ada kesedaran untuk melakukan perubahan dalam hidup. Ada tindakan Ada kejayaan.

Doa yang terbaik buat semua. Setiap cerita anda menyentuh sanubari saya dan ia menjadi meniup semangat saya untuk terus berjaya dan sama-sama berusaha dengan anda semua.

Salam sayang di pagi Ahad dari bumi Ampang,
Pn Sally,
Pengasas Eliss.





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Sos Serbaguna HomeMade ala Sally

Dah lama tak buat stock sos serba guna ni. Kalau malas, Sally beli sahaja jenama Mae Pranom tu dari Thailand. Tapi kalau buat sendiri lebih jimat, lebih sedap dan dijamin bahan-bahannya. Tiada pengawet dan tahan lama juga. Resipi bonda ni Sally kongsi dengan anda semua.

Bahan-bahannya (jangan ditanya sukatan kerana saya memang jenis mencampakkan sahaja ikut sesedap tangan)
==============
Lada Besar Merah
Cili Padi Merah
Tomato
Bawang Putih
Bawang Merah
Bawang Holland
Cuka
Gula
Garam

Cara-cara memasak boleh rujuk disetiap gambar. Stok berbulan-bulan ni. Boleh disimpan di dalam peti ais. Sally pakai sos ni je untuk nasi ayam, nasi khau mok, pencicah ayam dan keropok juga. Jika makan dengan nasi Khau Mok biasanya Sally masukkan daun ketumbar dihiris-hiris dan digaul bersama sos. Aromanya... hmmmm... menyelerakan.



Sediakan bahan-bahan seperti dalam gambar tu. Potong besar-besar pun tak apa sebab kita nak kisar. Kenapa guna cili merah jer? Cili hijau tak boleh ke Sally? Kalau guna cili hijau nanti jadi hitam dan sambal jadi kusam tak cantik. Biarlah semuanya merah.



Masukkan kesemua bahan dalam pengisar kecuali gula dan garam. Lada besar tu Sally gunting-gunting jer. Kisar menggunakan cuka. Jangan masuk air walau setitis pun kalau boleh. Bahan-bahan yang dibasuh ditos dulu. Kurang air kuranglah chance bakteria nak membiak. Kalau cuka botol kecil 1 botol je. Kalau botol besar separuh botol Sally guna.


Kisar ler. Jangan terlalu lumat. Biar ia ada tekstur sikit. Kalau lumat sangat pun tak best.


Lepas kisar, masukkan dalam periuk. Pasang api perlahan je tau. Jangan mengada letak minyak plak tau. Tak yah minyak, masukkan bahan tu jer.


Masukkan gula dan garam secukup rasa. Dan kacau.. kacau... kacau....


Sentiasa kacau. Kalau tak ia akan mendidih dan melimpah dari periuk. Pengacauan yang lemah lembut dan pergerakan kelajuan yang consistent sangat penting. Jika dibiarkan lama, boleh jadi ia hangus juga sebab ada gula. Nanti tak pasal-pasal jadi sos karamel pula. Kacau sehingga pekat dan berkilat.



Tadaaa.. ini hasilnya. Biarkan sejuk dulu. Dah sejuk boleh masukkan dalam botol dan diletakkan dalam peti ais. Boleh guna untuk macam-macam sebagai pencicah yang sedap. Oh yer, kalau suka pedas, boleh letak cili padi lebih sikit. Sally suka biasa-biasa sahaja. Mc Megi pun boleh makan?



Sally hiriskan daun ketumbar dan kacau skali dengan sos bila nak makan dengan nasi Khau Mok Thai. Aroma dia lebih sedap. Jangan masukkan daun ketumbar untuk simpanan lama. Nanti sambal tak tahan lama. 

Selamat mencuba :)


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops